Powered By Blogger

Friday, 23 November 2012

Contoh Rancangan Pengajaran Pendidikan Muzik Tahun 3


RANCANGAN PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 3

Tahun                         :  3 Dedikasi
Bil. Murid                   :  8 orang
Tajuk                          :  Burung Dan Suasana
Masa                           :  9:15 pagi - 9:45 pagi (30 minit )
Fokus                         :  Nyanyian dan gerakan
BBM                           :  Van Vasco’s Karaoke Player berserta Lagu Burung dan Suasana ,
  Carta lagu , LCD ,Kibod.
Hasil Pembelajaran :
Diakhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat :
1.Menyanyikan lagu dengan pic,tempo dan sebutan yang betul.
2.Membuat gerakan mudah mengikut lirik lagu.
3.Membuat latihan pernafasan dan latihan solfa yang betul.

Pengetahuan Sedia ada:  Murid pernah menyanyi lagu sambil melakukan gerakan mudah.


LANGKAH

CADANGAN AKTIVITI

CATATAN

Set Induksi

1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang burung.
2. Guru bertanyakan kepada murid tentang jenis-jenis
     burung yang mereka ketahui.
3. Murid diminta memberikan respon terhadap pertanyaan
    guru iaitu memberikan nama beberapa jenis burung yang
    mereka ketahui.

Pengelibatan :
-Semua murid.

Nilai murni :
-Berdisiplin.

Langkah 1




1. Membuat latihan pernafasan :
    - Murid diminta memjamkan mata dan membayangkan
      mereka  sedang berada di sebuah kebun bunga yang
      dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga.
    - Guru memperdengarkan lagu instrumental ‘Winter
      Sonata’ dan murid diminta menarik dn menhembuskan
      nafas dengan membayangkan mereka menghidu
      beberapa jenis bunga yang disebutkan oleh guru.
2. Membuat latihan solfa :
    - Guru membimbing murid membuat latihan solfa menaik
      dan menurun dalam D major.

3. Membuat latihan tepukan pola irama :
    - Guru menerangkan kepada murid tentang nilai not.
    - Murid membuat tepukan pola irama mengikut nilai not
      dengan bimbingan guru.

BBM :
-Lagu instrumental ‘Winter Sonata’ (Perisian Encore)



BBM :
-Power Point latihan sofa (LCD)

Nilai murni :
-Berdisiplin.
-Patuhi arahan.

Langkah 2





1. Memperkenalkan lagu :
    - Guru memainkan lagu ‘Burung dan Suasana’.
    - Murid mendenga sambil meneliti lagu sedang dimainkan
      oleh guru.
    - Guru memainkan kibod sambil menyanyikan lagu
      ‘Burung dan Suasana’ kepada murid.
    - Murid mendengar dan memberi tumpuan kepada lagu
      itu.
2. Membaca lirik lagu :
    - Guru menunjukkan lirik lagu ‘Burung dan Suasana’
      kepada murid.
    - Murid memerhatikan lirik lagu yang ditunjukkan oleh
      guru.
    - Guru membimbing murid membaca lirik lagu degan
      sebutan yang betul.

BBM :
-Kibod.






BBM :
-Power Point Lirik Lagu (LCD)

Langkah 3

1. Menyanyikan lagu :
    - Guru mengajar murid menyanyikan lagu baris demi baris
    - Guru membimbing murid menyanyikan lagu rangkap
      demi rangkap.
    - Murid menyanyikan keseluruhan lagu dengan sebutan
      dan intonasi yang betul dengan bimbingan guru.
    - Murid menyanyikan lagu dengan sebutan,melodi dan
      tempo yang betul mengikut iringan muzik dengan
      bimbingan guru.


BBM :
-Kibod.
-Perisian Van Vasco’s Karaoke Player.
-LCD

Langkah 4

1. Menyanyikan lagu sambil melakukan gerakan mudah :
    - Guru menerangkan kepada murid tentang cara untuk
      melakukan gerakan mudah mengikut lirik lagu.
    - Murid menyanyikan lagu sambil melakukan gerakan
      mudah mengikut lirik lagu berserta iringan muzik dengan
      bimbingan guru.
2. Menyalin lirik lagu :
    - Murid menyalin lirik lagu yang diberikan.


Penutup

1. Memberikan pengajaran :
     - Guru memberikan pengajaran kepada murid tentang
       pentingnya hidup bebas.
     - Guru juga memberitahu murid bahawa menyiksa
      binatang adalah satu amalan yang buruk.

Nilai murni :
-Sayangkan binatang.